EURO BERGERAK LEMAH PADA SESI ASIA

GBPUSD Analysis
GBPUSD – Analysis 08/02/2016
February 8, 2016
EURUSD Analysis
EURUSD – Analysis 10/02/2016
February 10, 2016
Show all

EURO BERGERAK LEMAH PADA SESI ASIA

EURO bergerak lemah di awal minggu selepas kenaikan terhenti pada Jumaat lepas

EURO berdagang lemah pada sesi Asia hari ini selapas kenaikannya tersekat pada Jumaat lepas, jatuh berbanding Dollar selepas mendapat prestasi positif, yang mana pada sepanjang minggu segala pegerakan di kawal oleh matawang Euro dan telah membawa ke tahap tertinggi dalam tempoh 4 bulan.

Euro berbanding Dollar kini berdagang di level 1.1143 yang mana ianya juga level price pembukaan hari ini. Setelah mencecah paras tertinggi di 1.1151 dan yang terendah di 1.1135 ini selepas Euro jatuh pada Jumaat lepas hingga ke paras terendah di level 1.1110 selepas mencatatkan paras yang tertinggi dalam 4 bulan ini di level 1.1246.

Kekuatan Euro sebelum ini oleh kerana pelemahan US Dollar berbanding matawang utama lain, yang mana telah membuka peluang untuk Euro meningkat kembali. Data (kurang daripada yang dijangkakan) yang dikeluarkan oleh sektor industri dan sektor perkhidmatan U.S juga membantu dalam kenaikan Euro berbanding Dollar.

Akan tetapi pada Jumaat lepas data berkenaan sektor pekerjaan U.S menunjukkan penurunan kadar pengangguran yang telah mencapai ke tahap paling rendah dalam tempoh 8 tahun yang lalu telah membantu mengembalikan keyakinan kepada pasaran kewangan.

Federal Reserve Bank juga dijangka akan menaikkan kembali Interest Rate secara berperingkat hingga hujung tahun ini. membuatkan Dollar kembali meningkat pada Jumaat lepas dan menghentikan Euro yang mana ditutup rendah.