Kejutan SNB 2015

SNB removes currency floor and cuts interest rate
January 15, 2015
ALPARI UK Important announcement
January 16, 2015
Show all

Kejutan SNB 2015

JORDAN SNB

S NB sebentar tadi telah memansuhkan harga lantai 1.20 yang sekian lama pada matawang EUR/CHF dan pada masa sama juga menurunkan target sasaran libor rate yang sebelum ini pada kadar -0.25% kepada -0.75%.Kejutan ini telah mengakibat kan keadaan pasaran yang tidak menentu dimana EUR/CHF berada pada aras sekitar 0.85 dan USD/CHF 0.75 menjunam dalam tempoh yang singkat dan kembali stabil pada sekitar 1.02 dan 0.87 (pada waktu artikel ini ditulis)

Pada Press Release sejurus pengumuman dibuat sebentar tadi, pengerusi SNB Thomas Jordan menyifatkan harga lantai yang didukung SNB selama ini sejak 2011 adalah sesuatu yg bersifat langkah sementara untuk melindungi matawang Switzerland dari mengalami tekanan deflasi di akibatkan kekuatan CHF yg dibawa oleh Safe Heaven pada kemuncak krisis matawang dan hutang Eropah. SNB Jordan juga menyebut langkah ini diambil bagi menjadikan matawang nya terus berdaya saing dan akan terus mengambil kira situasi tukaran matawang dalam merangka sebarang perubahan dalam dasar monetary mereka pada masa akan datang .

Jadi bagi pendapat peribadi saya,mungkin pada mesyuarat ECB 22 januari ini kita akan lihat pengumuman QE, yang mana ini akan terus melemahkan matawang Euro atau mungkin dengan rekod kekuatan USD sepanjang 2014 FED akan melakukan rate hike pada lewat tahun ini. Walau apapun yang tersirat dengan langkah drastik tadi, saya yakin SNB telah pun memberikan petunjuk awal hala tuju matawang mereka dan tidak mahu terperangkap dengan langkah atau perubahan dasar oleh dua kuasa besar matawang ini.

Comments are closed.